Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Sepak Takraw Wajar Jadi Sukan Teras Negara

By 30 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Shaharuddin Daud/Muhammad Afiq Raduan (Kuala Pilah)

KUALA PILAH,  29 Mei (Malaysiaaktif) – Usaha mengembalikan sepak takraw sebagai pilihan golongan belia perlu dilakukan agar negara tidak kehilangan budaya yang sinonim dengan masyarakat Malaysia. Justeru kedudukan sukan ini wajar diangkat sebagai sukan teras negara setanding dengan sukan-sukan teras yang lain.

“Sukan sepak takraw sepatutnya dijadikan satu  sukan utama negara memandangkan permainan ini telah melangkaui ras budaya. Ini boleh dilihat dengan penglibatan Korea Selatan, India dan beberapa negara Eropah serta Amerika Selatan dalam kejohanan antarabangsa” ulas Nordin Malik, Presiden Sepak Takraw Kuala Pilah yang ditemui semasa Kejohanan Sepak Takraw Malaysia Sports League, semalam.

Ujar beliau lagi, peranan persatuan daerah amat besar dalam menyokong usaha ini melalui perancangan dan aktiviti yang bersepadu bersama komuniti tempatan selain menjalin hubungan dengan pelbagai pihak termasuk agensi-agensi Kerajaan Persekutuan atau Negeri sendiri.

Kejohanan turut menyaksikan gimik perasmian disempurnakan oleh Mohd Syafizi Mohd Yazid, Penolong Pentadbir Tanah Kanan yang Pejabat Tanah dan Daerah yang kemudian turut mengedarkan bahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia kepada peserta.

-ZS-

Tinggalkan komen anda