Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Tahlil dan Doa Selamat Erat Silaturahim Pegawai FAMA dan Usahawan Pasar Tani

By 27 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noraini Mohd Nasir/Mohd Fauzi Mohd Yusoff (Tampin)

TAMPIN, 27 Mei  (Malaysiaaktif) – Bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara Pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan para usahwan Pasar Tani, pihak Pejabat FAMA daerah Tampin telah menganjurkan majlis tahlil, doa selamat serta sambutan Aidilfitri bertempat di Tapak Pasar Tani, di sini semalam.

Menurut Pegawai FAMA Tampin Mat Azrul Mat Esa, majlis seumpama ini merupakan salah satu inisiatif pihak FAMA untuk mendekati para peniaga dan secara tidak langsung memupuk semangat Keluarga Malaysia antara mereka.

“Majlis seumpama ini memang biasa diadakan dan kebetulan sekarang ini bulan Syawal, maka kita ambil peluang untuk anjurkan majlis tahlil dan doa selamat ringkas bagi meraikan sekali sambutan Aidilfitri untuk tahun ini,” katanya.

Menurutnya lagi majlis seumpama ini akan dianjurkan secara berkala dan berterusan mengikut situasi semasa seperti sambutan Maulidur Rasul, Hari Raya Aidiladha, Bulan Kebangsaan dan sebagainya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda