Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

RM35 Juta Pertingkat Kecekapan Pengurusan Banjir Pahang

By 27 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 27 Mei (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan peruntukan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan banjir Negeri Pahang.

Menerusi kenyataan media, Wan Rosdy  memberitahu kesemua perolehan dan perbelanjaan ini dianggarkan bernilai RM35 juta dan Kerajaan Negeri juga sedang menyelaras beberapa lagi tindakan perolehan dan perbelanjaan bagi memastikan pengurusan bencana banjir sentiasa lancar dan efisen.

“Saya berharap dengan perolehan dan perbelanjaan ini, semua pihak khususnya pasukan penyelamat dan petugas barisan hadapan sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi sebarang situasi bencana yang berlaku pada bila-bila masa terutama dalam keadaan cuaca tidak menentu ketika ini,” ujar beliau.

Wan Rosdy menambah, pasukan penyelamat dan petugas barisan hadapan sememangnya perlu dibekalkan dengan kelengkapan yang bersesuaian serta latihan dan ilmu yang sepatutnya kerana mereka terdedah kepada risiko besar ketika berlakunya sesuatu bencana.

-ZS-

Tinggalkan komen anda