Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Taklimat Ringkas Penyakit Demam Denggi di Institusi Pendidikan Daerah Marang

By 24 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norhasirah Deris (Marang)/Pejabat Kesihatan Daerah Marang

MARANG, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Sekolah merupakan antara institusi yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan wabak demam denggi sering kali didengari bermula dari sekolah kerana hampir seharian pelajar berada di sekolah.

Unit Promosi Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Marang telah mengambil langkah pencegahan dengan menyebarkan informasi berkaitan Kempen Cara Hidup Yang Sihat di semua sekolah-sekolah di Daerah Marang.

“Pada kali ini seramai 600 orang pelajar termasuk guru Sekolah Kebangsaan Tasek, Marang terlibat dengan taklimat penyakit demam denggi ini,” kata Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan Zuraimee Razali.

Menurut Zuraimee, taklimat ini diadakan ekoran peningkatan kes yang mendadak di seluruh negara ketika ini semenjak peralihan fasa pandemik kepada fasa endemik yang bermula pada 1 April lalu.

Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Marang turut mengucapkan terima kasih guru besar dan seluruh warga Sekolah Kebangsaan Tasek di atas kerjasama dan komitmen terbaik sepanjang sesi berlangsung.

-ZS-

Tinggalkan komen anda