Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Kemeriahan Aidilfitri Pasar Bukit Payong

By 24 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Afnan Hakimi Abd Aziz (Marang)

MARANG, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Kehangatan dan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri masih terus diraikan oleh rakyat Malaysia setelah dua tahun tidak dapat beraya ekoran wabak pandemik COVID-19.

Persatuan Pasar Segar Bukit Payong turut tidak ketinggalan mengadakan sambutan Aidilfitri khas buat pelanggan-pelanggan pada kali ini.

Menurut Pengerusi Persatuan Pasar Segar Bukit Payong, Amran Mamat sambutan hari raya pada tahun ini sangat meriah berikutan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) berkaitan penganjuran majlis yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan.

“Majlis hari ini sangat istimewa kerana sambutan daripada orang ramai sangat menggalakkan. Mereka hadir ke pasar bagi menikmati hidangan di samping merapatkan silaturahim antara satu sama lain,” katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong Mohd Nor Hamzah, Ketu-Ketua Jabatan-Jabatan Kerajaan dan serta penduduk sekitar Bukit Payong.

-ZS-

Tinggalkan komen anda