
Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek (Melaka Tengah)
KLEBANG, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Alliance Tiberius dan Seafarer dengan kolaborasi Bersama Tourism Melaka telah menganjurkan program ‘The Distinguished Gentlemen’s Ride 2022’ di sini baru-baru ini yang menyaksikan penyertaan 300 penunggang dari seluruh Malaysia.
Pengerusi jawatankuasa penganjur Mike Thien berkata selain aktiviti konvoi motosikal, program ini turut mempromosikan Negeri Melaka sebagai destinasi pelancongan dengan menarik minat para penunggang motorsikal dari luar Negeri Melaka.
“Program konvoi motorsikal klasik dan vintaj ini merupakan acara tahunan yang di jalankan di seluruh dunia melibatkan 80,000 penunggang motorsikal daripada 800 buah bandar di seluruh dunia.
“Kita berasa sangat gembira kerana dapat berkumpul semula setelah dua tahun tidak dapat dilaksanakan,” katanya lagi.
Konvoi bermotor yang bermula di Rock Empire Café Klebang ini telah dirasmikan oleh Pengurus Besar Tourism Melaka Sa’ari Basiron yang mewakili Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Melaka.
-ZS-