Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

146 Jemaah Haji Kumpulan Pertama di Pulau Pinang Berlepas ke Tanah Suci

By 8 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azimee Abdullah/Salawati Mat Shariff (Pulau Pinang)

BAYAN LEPAS, 8 Jun (Malaysiaaktif) – Suasana sebak bercampur gembira mengiringi 146 jemaah haji semalam melalui Stesen Bayan Lepas menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) dengan menaiki empat buah bas yang disediakan oleh Rapid Penang.

Suhairy Yahaya, 47, memberitahu beliau adalah bakal jemaah panggilan akhir yang dihubungi oleh pihak Tabung Haji minggu lalu dan hanya mempunyai tempoh singkat untuk membuat persiapan.

“Namun saya tetap rasa bersyukur kerana dipilih untuk menjejakkan kaki pertama kali ke Tanah Suci.

Bagi seorang pesara tentera Alauddin Othman, 64, beliau telah mula mendaftar pada tahun 1998 dan berasa amat teruja untuk menunaikan ibadat haji selepas dua tahun negara tertangguh penghantaran kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Terdahulu, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak menyantuni dan mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan pertama jemaah haji ini.

https://malaysiaaktif.my/112156

Tinggalkan komen anda