Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Syukur Dapat Beraya di Rumah Baharu

By 8 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 8 Jun (Malaysiaaktif) – Seorang ibu tunggal Rusnah Mohamad, 61, melahirkan kesyukuran kerana dapat merayakan Hari Raya Aidilfitri di rumah baharu hasil bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan.

Menurutnya, rumah baharu itu menjadi tempat berteduh menggantikan rumah lama mereka yang sudah agak uzur.

“Alhamdulillah saya dapat tinggal bersama dua orang anak dan dua orang cucu di rumah ini, terima kasih kepada MAIWP dan pembayar zakat kerana membantu kami sekeluarga,” katanya yang ditemui pada majlis ringkas penyerahan rumah bantuan itu di Kampung Pohon Batu, semalam.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (PKPE) MAIWP, Mohd Nizam Yahya berkata untuk tahun ini sahaja sebanyak lapan buah rumah dibaik pulih dan dua buah rumah baharu sudah dibina MAIWP untuk para asnaf di pulau itu.

“Kita turun menziarahi beberapa lagi keluarga lain di sini bagi melihat keperluan tambahan yang mungkin diperlukan dalam tempoh peralihan dari fasa pandemik ke andemik,” jelasnya yang menyempurnakan majlis penyerahan rumah itu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda