Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

BPH Komited Meningkatkan Kesejahteraan Komuniti Kuarters

By 11 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Roziman Mahmudin (Labuan)

LABUAN, 11 Jun (Malaysiaaktif) – Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri menyatakan komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti kuarters.

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Ismail BPH melaksanakan program libat urus dan jalinan kerjasama BPH bersama-sama penghuni kuarters dan pihak-pihak berkepentingan.

“Ianya dirangkumkan di dalam Pelan Strategik BPH 2021-2025, dengan dua strategi utama iaitu untuk membentuk komuniti kuarters yang bersatu padu dengan mempergiatkan keterlibatan komuniti kuarters dan melahirkan komuniti kuarters yang mempunyai ‘sense of belonging’ yang tinggi.

“BPH sentiasa berusaha dan komited untuk melaksanakan program-program berteraskan komuniti demi memastikan visi untuk menjadi agensi peneraju pengurusan Bangunan Kuarters Kerajaan Persekutuan di masa akan datang dapat dicapai menjelang tahun 2025,” katanya semasa merasmikan Program Gotong Royong Perdana Bahagian Pengurusan Hartanah Dan Perbadanan Labuan 2022 di Kuarters Kakitangan Kerajaan Awam, Kampung Layang-Layangan, pagi tadi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda