Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Dasar Pendidikan Digital Negara Menyediakan Generasi Fasih Digital

By 11 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 11 Jun (Malaysiaaktif) – Kerajaan sedang dalam rangka pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital Negara sebagai langkah ke hadapan untuk menyediakan generasi fasih digital.

Menurut Pengarah Bahagian Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Maznah Abu Bakar dasar itu mempunyai tiga tujuan utama iaitu menyediakan generasi fasih digital, meningkatkan kompetensi dan pembangunan profesional pihak berkepentingan, berkaitan kepimpinan serta pengintegrasian teknologi digital dalam pendidikan.

“Ini adalah usaha kerajaan mewujudkan generasi fasih digital bagi menyediakan kelompok yang menguasai pengetahuan dan kemahiran digital serta berupaya menghasilkan inovasi menggunakan teknologi digital.

“Terdapat pelbagai kelebihan yang boleh didapati melalui pembelajaran secara digital antaranya membolehkan pelajar mengikuti proses pembelajaran secara fleksibel tanpa perlu terikat dengan waktu pembelajaran konvensional,” katanya semasa Majlis Makan Malam Seminar Inovasi Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2022, di sini semalam.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Sumber Penginterasian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Paridon Sahid.

Pada majlis itu juga disampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Seminar Inovasi Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan antaranya Syahnur Azura Mohd Saufi bagi inovasi Kit GPM : Ke Arah E-Pengurusan PSS, Mohd Halfae Zaini menerusi inovasi Penggunaan Google Data Studio Dalam Pengurusan Nilam PSS SK Patau-Patau, Syahnur Azura Mohd Saufi bagi inovasi R&D (Read And Do), Hasniza Basri, Norazmizah Mohamed dan Norazila Kamarudin menerusi inovasi Pilih, Baca Dan Tebus.

-ZS-

Tinggalkan komen anda