Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Jauhi Khidmat Doktor Gigi Palsu

By 16 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)/Mohd Khairulnizam Mohd Yunus (Negeri Sembilan)

KUALA PILAH, 16 Jun  (Malaysiaaktif) – Keinginan untuk mendapatkan gigi yang cantik, teratur dan putih dengan mudah dan murah menyebabkan segelintir masyarakat hari ini mendapatkan khidmat doktor gigi yang tidak berdaftar dan bertauliah.

Menurut Pegawai Pergigian Klinik Kesihatan Pergigian Kuala Pilah Dr. Nur Shamimah Sawal Hamid, antara rawatan popular yang ditawarkan doktor gigi palsu ini ialah pendakap gigi komestik dan ‘veneer’ yang merupakan satu proses melekatkan satu lapisan nipis di permukaan depan gigi untuk memperbaiki permukaan, bentuk, warna dan saiz gigi.

“Rawatan pergigian hanya boleh dilakukan oleh doktor pakar seperti yang termaktub dalam Akta Pergigian 2018 (Akta 804).

“Selain itu kesedaran masyarakat terhadap pendidikan penjagaan gigi juga penting dengan mengunjungi klinik-klinik pergigian Kerajaan yang menawarkan khidmat tampalan, cuci gigi, rawatan akar, cabutan gigi, sapuan florida untuk kanak-kanak, rawatan pendakap gigi, gigi palsu, ‘crown’ dan implant,” ujarnya ketika memberi taklimat di Program Taklimat Isu-isu Semasa di Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah, di sini kelmarin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda