Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Konsep Retro Semarakkan Muzium Taiping

By 13 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)

TAIPING, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Program Semarak@Muzium Taiping: Retrospektif Sejarah yang berlangsung baru-baru ini menyemarakkan kembali pelancongan domestik negara fasa endemik.

Pengarah Muzium Perak Zarinah Sarifan berkata konsep retro dipilih bagi mengembalikan nostalgia melalui penganjuran aktiviti yang memfokuskan sejarah dan informasi selain menghiburkan pengunjung.

“Antara aktiviti yang diadakan persembahan pentas, pertandingan busana retro remaja, pertandingan melukis, jualan barangan antik dan pameran kereta, motosikal serta basikal klasik.

“Menariknya lagi, para pencinta tema retro hadir mengenakan busana ala 60-an seperti memakai baju lengan pendek bercorak kotak-kotak yang dilipat di lengan dan bertopi ‘flatcap’,” katanya di sini.

Program yang berlangsung selama dua hari itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Norazman Othman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda