Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)
MELAKA, 4 Jun (Malaysiaaktif) – Inisiatif terbaru bagi mempelbagaikan sumber pendapatan ahlinya, Koperasi Abang Beca Melaka Berhad kini mengorak langkah dengan menawarkan perkhidmatan pengiklanan.
Menurut Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Melaka (SKM), Firdaus Shaari, sempena 100 tahun koperasi, ahli koperasi harus mengubah minda dan lebih kehadapan.
“Sebagai contoh Koperasi Abang Beca Melaka, tidak harus ditakuk lama dan perlu ada pendekatan baharu seperti menawarkan perkhidmatan pengiklanan.
“Beca adalah satu ikon negeri Melaka dan sering menjadi tumpuan maka dengan adanya perkhidmatan ini sudah pasti syarikat-syarikat akan menggunakan beca ini sebagai promosi produk mereka kepada orang ramai dan koperasi akan menambah pendapatan,” ujarnya ketika melancarkan Mini Pelancaran Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Melaka di Dataran A Famosa, di sini baru-baru ini.
Dalam pada itu, SKM Negeri Melaka akan menganjurkan Hari Koperasi Negara (HKN) Peringkat Negeri Melaka pada 10 hingga 12 Jun 2022 bertempat di Dataran Pahlawan Megamall, Bandar Hilir Melaka.
-ZS-