Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Riuh Bah Hari Pertama Berlangsung Meriah

By 4 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hazlinah Samsir/Merusin Minuddin (Sabah)

KOTA KINABALU, 4 Jun (Malaysiaaktif) – Karnival Riuh Bah pada hari pertama di Sabah International Convention Centre (SICC) berlangsung meriah dengan kehadiran pengunjung dan artis-artis jemputan.

Selain itu, ia diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor serta Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-Komm), Tan Sri Annuar Musa dalam Majlis Perasmian di sini, pada Jumaat.

Pengunjung yang hadir pada hari pertama bukan sahaja berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik di gerai-gerai pameran, malah berpeluang melihat sendiri artis tanah air yang dijemput ke karnival malam tadi seperti Dato’ Jamal Abdillah, Datuk DJ Dave, Velvet Adul, Linda Nanuwil dan Atmosfera.

Karnival Riuh Bah berlangsung sehingga 5 Jun ini dan pengunjung yang hadir pada malam ini bakal dihiburkan oleh artis jemputan keminatan ramai iaitu Syamel dan Wani Kayrie.

-ZS-

Tinggalkan komen anda