
Laporan/foto: Geraldine Voo Yee Wen/Eviannie Kin (Sabah)
KOTA KINABALU, 6 Jun (Malaysiaaktif) – Siapa sangka sebuah kebun dapat dibina dalam sebuah struktur konkrit seluas 1,000 kaki persegi menggunakan kaedah hidroponik.
Pemilik bersama Kebun Mama, Siti Khalizah Abd Khaliq, 47, berkata kebun itu dinamakan oleh suaminya, Mohd Sofian Lasara, 44, yang mahu menjadikan kebun itu sebagai sebuah penghormatan bagi Allahyarhamah ibunya yang gemar berkebun.
“Buat masa ini, kami hanya menanam daun salad kerana ia adalah sayur premium. Namun dalam perancangan menambah jenis sayur yang lain juga,” ujarnya ketika ditemui media dalam program Riuh Bah! di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, pada Ahad.
Tambah beliau, buat masa ini Kebun Mama membekalkan daun salad ke Stesen Shell di Sempelang serta Manggatal dan bakal menghantar bekalan ke Shell di Sulaman dalam waktu terdekat.
Kebun Mama merupakan peluang yang tercetus semasa Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan ketika pandemik melanda negara.
-ZS-