Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Orang Ramai Dinasihat Tidak Mudah Terpedaya dengan ‘Scammer’

By 3 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution (Negeri Sembilan)/Mohd Khairulnizam

SEREMBAN, 3 Jun (Malaysiaaktif) – Orang ramai diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan taktik penipuan yang dilakukan oleh sindiket ‘scammer’ khususnya yang menggunakan nama penguat kuasa seperti polis, kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurut Ketua Penolong Pengarah LHDN Cawangan Seremban Luzman Md Amin, penguat kuasa tidak membuat siasatan melalui panggilan telefon, sebaliknya meminta individu yang berkenaan hadir ke balai polis atau pejabat LHDN untuk membuat laporan.

“Scammer membuat panggilan dengan pelbagai dakwaan seperti ada cukai tertunggak, nama digunakan untuk pinjaman bank, akaun bank diguna untuk aktiviti jenayah dan pengubahan wang haram,” ujarnya ketika ditemubual dalam slot Influencer@Japen Negeri Sembilan, di sini semalam.

Tambahnya, langkah terbaik bagi mengelak ditipu adalah dengan tidak melayan panggilan yang mencurigakan serta tidak berkongsi maklumat kewangan dengan sewenang-wenangnya bagi mengelak disalah gunakan pihak tertentu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda