Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Zon Maritim Labuan Tahan Seorang Kru Bot Nelayan Tanpa Dokumen Pengenalan Diri

By 4 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/Zon Maritim Labuan

LABUAN, 4 Jun (Malaysiaaktif) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)
Zon Maritim Labuan telah menahan seorang warga asing yang bekerja di atas sebuah bot nelayan tempatan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, semalam.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, semasa rondaan rutin Op Benteng/ Op Khas Pagar Laut 1/22, pasukan operasi telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di kedudukan 2.7 batu nautika dari Pulau Tiga.

“Pemeriksaan mendapati bot nelayan berkenaan dikendalikan oleh 11 orang kru asing warga Filipina yang berumur dalam lingkungan 15 tahun hingga 42 tahun dan salah seorang daripada kru tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bot, tekong bersama kesemua kru ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 dan Peraturan Peraturan Pelabuhan Dermaga2008 (Kapal Kecil Berlesen Sabah),” menurut satu kenyataan semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda