Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Seni Kreatif Kaum Rungus Terus Diperkasa

By 5 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud (Sabah)

KOTA KINABALU, 5 Jun (Malaysiaaktif) – Penganjuran Riuh Bah! memberi ruang dalam menyuburkan seni kreatif kaum rungus melalui Bengkel Menenun dan Demonstrasi yang terbuka kepada orang awam.

Ketua Komuniti Pitas, Sarupian Luminbu berkata peluang mengajar asas tenunan kepada peserta menjadikan medium tradisi unik ini tetap kekal dan diwarisi.

“Akibat pandemik pelbagai sektor terjejas termasuklah industri kreatif. Bengkel yang disediakan menjadi salah satu platform menjana semula pendapatan seni kreatif serta penduduk tempatan,” kongsinya ketika ditemui media di Sabah International Convention Center (SICC), hari ini.

Seramai 14 peserta mengikuti bengkel tenunan yang diadakan bermula 11.00 pagi tadi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda