Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Rekreasi Air dan Perikanan Tarik Pengunjung Hayati Keindahan Sungai Merbok

By 15 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Firdaus Mahmud (Kedah)

SUNGAI PETANI, 15 Jun (Malaysiaaktif) – Aktiviti rekreasi air dan perikanan seperti memancing, bermalam di kelong dan menyusuri Sungai Merbok kini menjadi tarikan terbaru kepada pengunjung.

Menurut Pengerusi Persatuan Rekreasi Memancing dan Nelayan Sungai Pasir Mohd Nadzari Abdullah pihaknya turut menyediakan perkhidmatan sewaan bot, kelong dan tekong dengan kadar yang berpatutan.

“Persatuan ini ditubuhkan oleh beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia antaranya bertujuan menjana sumber pendapatan selepas mereka bersara daripada perkhidmatan.

“Sebagai sebuah pertubuhan yang baru kami turut berterima kasih kepada semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan yang telah merealisasikan penubuhan persatuan ini dan berharap pihak berkenaan terus membantu.

“Rata-rata pengunjung juga berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kami,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda