Laporan/foto: Yusoff Irman/M.Yamuna (Pahang)
TEMERLOH, 15 Jun (Malaysiaaktif) – Sebanyak RM1.9 juta disalurkan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada pesara tentera dan polis melalui Bantuan Prihatin Pahang 2022 Fasa 2.
Menurut Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail bantuan tersebut adalah sebagai tanda ingatan ikhlas dan usaha yang berterusan daripada kerajaan negeri kepada mereka sejak pandemik COVID-19 hingga kini.
Pengerusi Persatuan Bekas Polis Negeri Pahang Mohd Lokman Mahmud berkata negeri Pahang merupakan negeri pertama yang memberikan sumbangan kepada pesara tentera dan polis.
“Syukur Alhamdulillah dan kami rasa begitu dihargai oleh kerajaan negeri atas keprihatinan kepada kami,” katanya.
-ZS-