Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Riuh Bah! Bersama Hotlink Beri Keterujaan kepada Pelajar

By 5 Jun 2022Jun 7th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Insyirah Abdul Jamel (Sabah)

KOTA KINABALU, 5 Jun (Malaysiaaktif) – Riuh Bah! bersama Hotlink beri keterujaan buat pelajar sekolah kerana mereka berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang tersedia.

Nur Filzah Karmila, 17, pelajar SMK Badin, Tuaran menzahirkan rasa gembira kerana berpeluang meluangkan masa bersama rakan-rakannya di karnival itu.

“Saya tahu mengenai Riuh Bah! secara tidak sengaja ketika datang bersama rombongan sekolah bagi mendapatkan informasi mengenai peluang menyambung pengajian selepas tamat sekolah menengah,” ujarnya di sini semalam.

Sementara itu, bagi dua pelajar tingkatan lima dari SMK Taman Ria Tuaran, Nor Zirah Basir dan Nur Akma Kulli pula, kunjungan ke Sabah International Convention Center (SICC) itu memang dirancang dari awal.

“Kami memang berhasrat dari awal lagi untuk meluangkan hujung minggu di sini selepas mendapat info daripada guru kami. Kami berasa sangat seronok kerana dapat menyertai pelbagai aktiviti dan menerima pelbagai hadiah menarik dari penyertaan di gerai-gerai pameran,” kongsi mereka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda