Laporan/foto: Yusoff Irman/ Ainil Ibrahim (Pahang)
TEMERLOH, 5 Jun (Malaysiaaktif) – Ucapan terima kasih sahaja tidak mencukupi bagi menghargai jasa yang dicurahkan oleh Penghulu Mukim Lipat Kajang yang bersara semalam.
Itulah ungkapan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad sebagai tanda penghargaan beliau kepada Penghulu Mukim Lipat Kajang yang diraikan dalam satu majlis penghargaan, di sini pada Sabtu.
Menurut Penghulu Mukim Lipat Kajang, Ahmad Boestamam Hamid beliau berasa terharu dengan kejutan yang beliau terima pada malam tersebut.
Majlis Jasamu Dikenang yang diadakan di perkarangan Masjid Kampung Lipat Kajang dihadiri hampir 100 jemputan yang terdiri daripada penduduk setempat dan kawasan sekitar.
-ZS-