
Laporan/foto: Shaharuddin Daud (Kuala Pilah)/Media JBS
KUALA PILAH, 5 Jun (Malaysiaaktif) – Pemerkasaan golongan belia melalui aktiviti sukarelawan telah dibuktikan dengan penyertaan seramai 17 orang peserta dalam Program Rakan Muda ‘Day Out’ (RMDO – Keurusetiaan/Pengurusan Sukan) Siri 1 Peringkat Daerah Kuala Pilah bertempat di Dewan Besar, Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah, di sini semalam.
Sebagai latihan praktikal di lapangan atau dikenali sebagai “Volunteer Support TASK Team”, para peserta telah menjadikan MSL- Kejohanan Badminton Berpasukan Daerah Kuala Pilah 2022 sebagai proses pembelajaran bagi aspek sukarelaan keurusetiaan aktiviti sukan.
Majlis perasmian, penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Mohd Nizam Miun, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah Mohd Nizam Miun.
Turut hadir Penyelaras Program RMDO Daerah Kuala Pilah Syaiful Azlan Abdul Jalil, dan Penyelaras MSL-Kejohanan Badminton Berpasukan Daerah Kuala Pilah Izhar bin Kamis.
-ZS-