
Laporan/foto: Siti Noorezrin (Negeri Sembilan)/mediaP127
JEMPOL, 5 Jun (Malaysiaaktif) – Semangat perpaduan perlu sentiasa disuburkan bagi menjayakan aspirasi Keluarga Malaysia.
Menurut Ahli Parlimen Jempol Dato’ Seri Mohd Salim Mohd Sharif, beliau sangat menekankan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat kerana ianya sangat penting untuk kesejahteraan negara.
“Penganjuran Semangat Uniti Keluarga Malaysia yang berlangsung selama dua hari ini amat baik kerana ianya menjadi platform untuk mengeratkan jalinan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum serta menyemarak semangat muhibah Keluarga Malaysia,” katanya di Dewan Feldajaya, di sini tengah Hari semalam.
Program tersebut turut diceriakan dengan aktiviti menarik seperti Ceria Kanak-kanak, Citarasa Menu Keluarga Malaysia, Permainan ‘Puzzle’, dan pameran pelbagai agensi kerajaan.
Turut hadir Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique.
-ZS-