Laporan/foto: Abd Aziz Osman/Nur Rezwane Md.Zabidi
KEPALA BATAS, 28 Jul (Malaysiaaktif) – Hasil kerja tangan yang begitu halus dan teliti. Capal buatan tangan untuk masyarakat Melayu ini masih mendapat tempat di hati peminatnya.
Pengusaha Capal Jago Badril Shahidan Hashim, 41, terus bangkit memulihkan perniagaannya selepas terkesan akibat pandemik COVID-19 yang lalu demi pelanggan dan peminat Capal Jago,
“Bahan yang digunakan untuk membuat capal adalah daripada kulit lembu dan kerbau yang diimport dari negara Itali, China, India dan Australia. Penghasilan capal adalah 95 peratus menggunakan tangan dan hanya 5 peratus sahaja daripada mesin,” katanya.
Capal Jago menawarkan empat jenis capal iaitu Putera untuk kanak-kanak, Bendahara bagi dewasa, Panglima dan DiRaja yang kesemuanya bermula dari harga RM45 sehingga RM450 sepasang.
-ZS-