Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Karya Seni Mat Kilau Membangkitkan Semangat Patriotisme

By 18 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah /Zaid Hj Ahmad Zubid

ALOR SETAR, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 86 orang peserta yang terdiri daripada wakil Kawasan Rukun Tetangga, Ahli Sekretariat Rukun Negara Universti Teknologi Mara Perlis, pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, pelajar Universiti Malaysia Perlis, pelajar Kolej Universti Islam Perlis telah menyertai Tayangan Uniti Patriotik Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, di sini semalam.

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perlis (JPNIN Perlis) Puan Hanita Ahmad menyatakan tayangan ini bertujuan untuk memberi kesedaran akan kepentingan perpaduan dan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Program pada hari ini lebih menghayati sejarah daripada filem dokumentari dan makna perpaduan.

“Penyatuan dan pemuafakatan ketika membuat keputusan adalah sangat perlu diteliti dan tidak dibuat secara emosi. Diharap program seperti ini dapat membangkitkan semangat patriotisme,” ujar beliau ketika ditemui selepas tayangan tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda