Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Pemangkin Komuniti Dinamik Tema Sambutan Jubli Intan ke-60 PPWS

By 19 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Marianne Inya Thomas (Sarawak)

KUCHING, 19 Jul (Malaysiaaktif) – Puan Sri Datuk Amar Ju’maini Tun Tuanku Haji Bujang isteri kepada Premier Sarawak telah hadir merasmikan Majlis Sambutan Jubli Intan Pertubuhan Persatuan Wanita Sarawak (PPWS) di sebuah hotel terkemuka, di sini baru-baru ini.

“Tema Pemangkin Komuniti Dinamik merupakan manifestasi usaha, dedikasi dan komitmen ahli PPWSĀ  seluruh Sarawak yang telah menyumbang kepada perubahan masyarakat di negeri ini,” kata Datuk Norhyati Mohd Ismail selaku Presiden PPWS.

Buku ‘Pemangkin Komuniti Dinamik’ yang turut dilancarkan pada majlis tersebut merupakan kisah pengalaman, kejayaan dan manfaat serta penglibatan ahli PPWS yang telah mancapai kejayaan dalam bidang yang diceburi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda