Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Penduduk Kedah Kini 2.1 Juta

By 19 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Mohd Khairy Sidik (Alor Setar)

ALOR SETAR, 19 Jul (Malaysiaaktif) – Berdasarkan Bancian Malaysia melalui Banci Penduduk 2020 yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia penduduk Kedah kini mencecah 2.1 juta berbanding tahun 2010 iaitu 1.9 juta. Pertumbuhan penduduk yang lebih perlahan adalah kerana penurunan berterusan dalam kadar kelahiran kadar dan kadar kesuburan jumlah.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia Dato’ Sri Dr Mohd Uzir Mahidin negeri Kedah telah mencapai negeri menua. Hal ini kerana peratusan umur tua (65 tahun dan lebih) negeri Kedah meningkat berbanding tahun 2010.

“Berdasarkan banci penduduk 2020, Kedah telah mencapai negeri menua dengan semua daerah pentadbiran kecuali daerah Langkawi,” ujar beliau semasa Sesi Journalist Ketua Perangkawan di sebuah hotel, di sini semalam.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda