Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Penglibatan Agensi-Agensi Buka Peluang Belia dan Usahawan dalam Perniagaan

By 28 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shahqrul Azim Shaari (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 28 Jul (Malaysiaaktif) – Perniagaan baharu dengan sokongan dan bantuan tadbir urus agensi perbankan mampu melahirkan usahawan dinamik dalam kalangan belia.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor Mohd Hairi Mad Shah penglibatan agensi-agensi dapat meningkatkan keyakinan dan keupayaan membina perniagaan dalam kalangan belia dan usahawan.

“Fokus utama sesi ini bertujuan memberi peluang dan kefahaman berkaitan inisiatif dan insentif pembiayaan pinjaman bagi menggalakkan pembabitan belia dan usahawan menceburi bidang perniagaan.

“Mereka yang menjadi golongan sasar dan mampu mengelola sesebuah perniagaan melalui bimbingan dan perkhidmatan yang ditawarkan,” katanya di Sesi Libat Urus Penerangan dan Peluang Usahawan dan Belia Bersama Agensi-Agensi di Tourist Information Centre di sini baru-baru ini.

Antara agensi yang terlibat dalam sesi tersebut adalah Institut Dato’ Onn, Perbadanan Usahawan Johor, Unit Strategik Modal Insan Negeri Johor, TEKUN Johor, SME Corporation Malaysia Negeri Johor dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Kota Tinggi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda