Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Career Booster @ PKK Bantu Graduan Politeknik Cari Kerja

By 27 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hazlinah Samsir

KOTA KINABALU, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Career Booster @ PKK di Politeknik Kota Kinabalu (PKK) merupakan inisiatif dalam membantu graduan mencari pekerjaan.

Program yang berlangsung selama dua hari bermula 25 Julai itu menawarkan 529 peluang pekerjaan daripada tiga buah syarikat iaitu SK Nexilis, Intel Technology Sdn Bhd dan VAT Manufacturing Sdn. Bhd.

Ketua Umur Sumber Manusia SK Nexilis Evan Hon berkata kira-kira 200 kekosongan bahagian teknikal ditawarkan bagi keperluan syarikat yang terletak di Kota Kinabalu Industrial Park.

“Kami mencari graduan yang mempunyai kemahiran dalam aspek teknikal, oleh itu kami bekerjasama dengan PKK memandangkan graduan di sini telah dilatih dalam aspek tersebut,” ujarnya ketika ditemui media, di sini pada Selasa.

Sementara itu Mohd Hanafi Abdul Ghani, 23, yang merupakan lepasan Diploma Mekanikal Am PKK pada tahun 2021 berterima kasih atas usaha PKK dalam menganjurkan program berkenaan.

“Kami sangat berterima kasih atas peluang yang diberikan PKK. Bukan sahaja kami dapat peluang mendapat pekerjaan yang baik, malah ia salah satu platform untuk kami mendapatkan pengalaman ditemuduga seterusnya pekerjaan yang berkaitan dengan apa yang dipelajari di sini,” kongsinya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda