Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Tinjauan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi

By 4 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Robani Nabi Ahmad/Noor Haswan Noor Azman (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 4 Jul (Malaysiaaktif) – Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi diketuai oleh Pengerusinya, Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKomM) Tan Sri TPr. Annuar Musa melakukan tinjauan di Pasar Besar Siti Khatijah, di sini kelmarin.

“Hasil pemantauan mendapati, rata-rata peniaga masih mengekalkan harga ayam RM 9.40 sekilogram (ayam standard) dan  mendapati bekalan ayam mentah mencukupi dan akan stabil.” katanya kepada pemberita.

Pasukan ini berperanan mengumpulkan maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai bagi merangka strategi dan koordinasi tindakan bagi mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.

Ianya juga bagi membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup hari ini.

Hadir sama Ketua unit Anti Percatuan Negeri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Muhammad Zaki dan Pengarah Penerangan Negeri Kelantan Aswadi Mohd Noor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda