Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

TYT Sabah Menerima Anugerah Tertinggi dari Pulau Pinang

By 4 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Suraya Zainal (Pulau Pinang)

GEORGETOWN, 4 Jul (Malaysiaaktif) – Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fauzi Abdul Razak berkenan mengurniakan Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Sabah Tun Juhar Datuk Mahiruddin.

Majlis penganugerahan darjah kebesaran tertinggi yang membawa gelaran Dato’ Seri Utama telah berlangsung di Anjung Mutiara, Seri Mutiara, di sini kelmarin.

Terdahulu Tun Juhar tiba di Seri Mutiara petang semalam bagi mengadakan kunjungan hormat ke atas Tun Ahmad Fuzi Tun Juhar dan rombongan dari Sabah telah mengadakan lawatan rasmi ke Pulau Pinang selama empat hari.

Turut hadir Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah Mohd. Nor, Toh Puan Datuk Seri Panglima Norlidah, serta Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Dato’ Law Choo Kiang dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dato’ Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus.

-ZS-

Tinggalkan komen anda