Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

UNIKL-BMI Universiti Pertama di Malaysia Bina Bangunan Tenaga Sifar Bersih

By 28 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 28 Jul (Malaysiaaktif) – Universiti Kuala Lumpur British Malaysia Institut (UNIKL-BMI) mencatat sejarah apabila membina bangunan pertama  berstatus Bangunan Tenaga Sifar Bersih di Malaysia.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata  bangunan akademik tiga tingkat itu menghasilkan lebih banyak tenaga elektrik daripada yang digunakan melalui kaedah penjimatan mapan.

“Reka bentuk bangunan tersebut juga membantu pengurangan pelepasan karbon ke udara selaras dengan usaha kerajaan untuk mengadaptasikan Matlamat Pembangunan Lestari ‘Sustainable Development Goals’ (SDGs) di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Forum Tenaga Lestari dan Pelancaran Projek Pembinaan Bangunan UniKL ‘Sustainable Energy Living Lab’ di UniKL – BMI, semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda