Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

12 Pelatih Pahang Talent Ditempatkan Bawah Seliaan Exco Kerajaan Negeri Pahang

By 17 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul

KUANTAN, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 12 pelatih Pahang Talent ditempatkan di bawah  seliaan dan bimbingan Exco Kerajaan Negeri dalam Majlis Penyerahan Pegawai Pelatih Pahang Talent 2022 di sini, hari ini.

Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Pahang Talent merupakan salah satu daripada program kesinambungan anak  muda yang julung kalinya diadakan di negeri Pahang.

“Kumpulan pertama Pahang Talent ini akan menjalani selama 12 bulan bahi menimba pengalaman dan pendedahan industri secara terus di bawah bimbingan barisan Exco Kerajaan Negeri”, ujar Wan Rosdy.

Wan Rosdy turut berharap pelatih Pahang Talent mengambil peluang bagi mengembangkan bakat dan potensi diri seterusnya berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada Kerajaan Negeri Pahang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda