Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

‘DEMI’ – Papar Kesabaran, Kecekalan Serta Pahit Getir Seorang Wanita

By 9 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

‘DEMI’ – Kesabaran, Kecekalan Serta Pahit Getir Seorang Wanita

Laporan/foto: Normaisarah Abd Rahman/Jufie Nadheera Mohd Hanafi (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Drama bersiri ‘DEMI’ arahan Rahila Ali bakal menemui penonton TV OKEY mulai 10 Ogos.

‘DEMI’ merupakan inspirasi kisah benar adaptasi novel karya Rina Azdi mengisahkan kehidupan pahit seorang isteri bernama ‘Suraya’ yang selepas berkahwin dengan Fairul, seorang lelaki kacukan Melayu-Scottish, seorang doktor, kebahagiaan tidak seindah yang diimpikan.

“DEMI disiarkan sempena meraikan bulan kemerdekaan negara yang antara lain mengangkat kehebatan seorang wanita yang mampu memerdekakan diri daripada hidup penuh air mata bersuamikan insan yang tergelincir daripada ajaran agamanya,” kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin semasa majlis pelancaran drama tersebut bertempat di Hotel Grand Millennial, di sini hari ini.

Drama 26 episod ini dibintangi Puteri Aishah, Ashraf Muslim, Keith Foo, Ika Nabela, Puteri Rayyana Rayqa, Datuk Jalaluddin Hassan, Safura Ya’cob, Riz Amin, Hasnul Rahmat dan lain-lain.

-ZS-

Tinggalkan komen anda