Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Hari Tanpa Kenderaan Cetus Gaya Hidup Sihat

By 9 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor A’mirah Daman Huri (Kerian)

PARIT BUNTAR, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Hari Tanpa Kenderaan anjuran Majlis Daerah Kerian (MDK) memberi kesedaran mengenai kebaikan berjalan kaki sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari.

Menurut Setiausaha MDK Norhafisah Haji Mohamad, program ini mengajak penduduk mengamalkan gaya hidup sihat dengan berjalan kaki ke destinasi yang dituju.

“Program ini dapat menimbulkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan gaya hidup sihat terutama aktiviti berjalan kaki.

“Menariknya, kami juga mempunyai pertubuhan senamrobik yang dipimpin tenaga kerja bertauliah dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selain melakukan aktiviti itu di sini pada setiap hari Ahad,” katanya ketika ditemu bual di Taman Pinggiran Sungai Kerian, di sini baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda