Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)
KEMAMAN, 29 Jul (Malaysiaaktif) – Karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera (TMBS) DUN Kijal telah berlansung pada 27-29 Julai 2022.
Menurut Exco Pelaksanaan Syariah, Pendidikan Dan Pengajian Satiful Bahari Mamat, karnival ini diadakan secara berperingkat di semua 32 DUN.
“Program ini dapat merapatkan hubungan kerajaan dan masyarakat setempat melalui pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang program baelansung,” katanya ketika ditemui media baru-baru ini.
Turut hadir Ahli Dewan Negara, Ahmad Saad@ Yahya, Pegawai Daerah Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Ahmad Nazwawi Harun dan Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Hazri Jusoh.
-ZS-