Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Program Jelajah Denai Angkat Kesedaran Sayangi Sungai

By 1 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suriani Ghazali (Perak Tengah)

PARIT, 29 Jul (Malaysiaaktif) – Usaha penjagaan denai-denai yang mengalir ke Sungai Perak merupakan salah satu daripada mekanisme kawalan pencemaran sungai dan risiko banjir yang telah ditetapkan oleh kerajaan Negeri Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Datuk Haji Mohd Zolkafly Harun berkata, ia merupakan inisiatif baharu yang ditetapkan di dalam Pelan Perak Sejahtera 2030.

“Memetik kata-kata penulis dari India, Amit Kalantri, ‘A river doesn’t just carry water, it carries life’ menunjukkan bahawa usaha kelestarian sumber air dan keindahan sungai perlu terus dipergiat demi kesejahteraan hidup kita bersama.

“Besar harapan saya agar semua pihak berganding bahu bagi menjayakan program ini,” katanya ketika berucap merasmikan Program Jelajah Denai Cempakasari@Belanja di Dewan Terbuka Parit, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda