
Laporan/foto: Suriani Ghazali (Perak Tengah)
BOTA, 29 Ogos (Malaysiaaktif) ā Seramai 1,000 orang peminat sukan berbasikal membanjiri Pekan Bota sempena Program Kayuhan Merdeka Perak Sejahtera@Bota, di sini semalam.
āTahniah buat peserta kayuhan yang berjaya menyahut seruan kerajaan agar rakyat turut sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan kali ke-65 ini.
āProgram ini adalah salah satu cara untuk kita tunjukkan rasa bangga sebagai generasi anak merdeka,ā ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota Khairul Shahril Mohamed ketika ditemui selepas upacara pelepasan di Sekolah Menengah Kebangsaan Datoā Abdul Rahman Yaakub, di sini.
Kayuhan membabitkan laluan sejauh 35 kilometer ini turut disertai pengunjung dari negeri Selangor selain warga tempatan.
-ZS-