Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Hayati Erti Merdeka dengan Deklamasi Sajak

By 29 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Kalaimani Munian (Kampar)

PEKAN RAZAKI, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Pertandingan Deklamasi Sajak bersama Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Pekan Razaki dan Pejabat Penerangan (JaPen) Daerah raih sambutan meriah dalam kalangan murid sekolah rendah.

Ketua KKM Pekan Razaki Haji Mohamad Isa Sabar berkata penglibatan murid dalam pertandingan ini membantu mereka mengasah kemahiran berbahasa selain memahami erti kemerdekaan.

“Harapan saya agar JaPen terus berkolaborasi dengan rakyat sejajar dengan aspirasi KKM bagi memperluaskan jaringan hubungan dan komunikasi bersama masyarakat,” ujarnya ketika ditemu bual di Perkarangan Kafe Kasih, di sini pada Sabtu.

Sementara itu guru Sekolah Kebangsaan Seri Ampang, Norhidayu Omar, 32, berkata program ini bukan sahaja bermanfaat kepada murid bahkan keseluruhan komuniti.

“Penganjuran terbuka kepada murid ini memberi peluang kepada mereka untuk turut serta di samping menggelorakan Bulan Kebangsaan,” tambahnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda