Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kayuhan Merdeka Perak Sejahtera@Bota Himpun 1,000 Peminat Sukan Berbasikal

By 29 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suriani Ghazali (Perak Tengah)

BOTA, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 1,000 orang peminat sukan berbasikal membanjiri Pekan Bota sempena Program Kayuhan Merdeka Perak Sejahtera@Bota, di sini semalam.

“Tahniah buat peserta kayuhan yang berjaya menyahut seruan kerajaan agar rakyat turut sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan kali ke-65 ini.

“Program ini adalah salah satu cara untuk kita tunjukkan rasa bangga sebagai generasi anak merdeka,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota Khairul Shahril Mohamed ketika ditemui selepas upacara pelepasan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yaakub, di sini.

Kayuhan membabitkan laluan sejauh 35 kilometer ini turut disertai pengunjung dari negeri Selangor selain warga tempatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda