Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Taman Tasik Putra Perintis Bandar Sihat Kulim

By 4 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Rizal Abdul Rahman (Kulim)

KULIM, 4 Ogos (Malaysiaaktif) – Taman Tasik Putra dipilih sebagai salah satu kawasan Projek Perintis Bandar Sihat yang dilaksanakan oleh PLAN Malaysia dibawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Konsep bandar sihat tersebut akan menyediakan laluan pejalan kaki, peralatan senaman luar, kawasan refleksologi dan pelbagai kemudahan kesihatan yang lain.

Menurut Ketua Pengarah PLAN Malaysia TPr. Dr. Alias Rameli dalam program anjuran Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK), di sini semalam Taman Tasik Putra juga boleh menjadi tempat bagi memperkasakan komuniti yang lebih sihat dan mesra alam di bandar Kulim.

PLAN Malaysia turut menyerahkan replika cek bernilai RM300 ribu kepada Yang Depertua Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) Dr. Haji Nadzman Mustafa sebagai inisiatif pemulihan kawasan hitam bagi merialisasikan Program Bandar Selamat yang dilaksanakan di Pihak Berkuasa Tempatan Kulim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda