Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

KMKM Gelorakan Semangat Patriotisme Masyakarat Sik

By 9 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Basyar Abdullah (Sik)

SIK, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 500 orang memenuhi perkarangan Dataran Sik Lestari bagi menyambut ketibaan peserta konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) di sini semalam.

Pegawai Daerah Sik Mahamad Suhaimi Man dalam ucapan perasmiannya berkata penganjuran program-program kemerdekaan seperti ini diharap dapat menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan belia.

“Tradisi mengibarkan Jalur Gemilang apabila tiba Bulan Kebangsaan tidak seharusnya dilupakan oleh setiap rakyat kerana ia adalah lambang kemerdekaan, kedaulatan dan kewujudan identiti kita sebagai negara yang berdaulat.

“Justeru itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu mengambil langkah yang sewajarnya bagi memupuk semangat patriotik dalam diri sendiri dan juga kalangan masyarakat,” katanya.

Ketibaan peserta konvoi yang menaiki 35 kenderaan pelbagai jenis termasuk kelab motosikal berkuasa tinggi disambut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik Dato Mohd Isa Shafie.

Sik merupakan lokasi persinggahan keenam di Kedah selepas Kuala Muda, Yan, Kota Setar, Kubang Pasu dan Padang Terap.

-ZS-

Tinggalkan komen anda