
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/KPDNHEP Labuan
LABUAN, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan menyita sejumlah minyak masak polibeg dan gula daripada seorang peruncit yang gagal menunjukkan lesen berniaga barang kawalan daripada KPDNHEP.
Menurut Pengarahnya, Junaidah Arbain pemeriksaan mendapati peruncit itu juga menjual kedua-dua barangan bersubsidi itu melebihi harga yang ditetapkan kerajaan.
“Sitaan telah dilakukan atas salah sebuah premis yang diperiksa kerana disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang melibatkan 1,496 kilogram (kg) minyak masak bernilai RM 3740 dan 297 kg gula bersubsidi bernilai RM 846.45 menjadikan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM 4586.45.
“Mana-mana peruncit yang ingin menjalankan perniagaan barang kawalan seperti minyak masak, tepung dan gula perlu mendapatkan lesen atau kebenaran daripada pihak KPDNHEP,”katanya yang ditemui di sini pagi tadi.
-ZS-