
Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat (Sarawak)
KUCHING, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Norlidah Tan Sri Datuk R.M. Jasni bersama delegasi meneruskan siri lawatan rasmi ke Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) di Jalan Sultan Tengah, Rampangi, Santubong, kelmarin.
Menurut Dr. Nadianatra Musa yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif menyatakan bahawa CENTEXS komited untuk mencapai wawasan Sarawak 2030 melalui sokongan dan kerjasama kerajaan negeri dengan rakan kongsi strategik dan industri.
“Dalam masa yang sama, pihak kami berharap agar lawatan Toh Puan dapat memberi manfaat kepada Sabah dan Sarawak,” kata Nadianatra Musa.
-ZS-