Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Penggredan Premis Pelancongan Bantu Sektor Perhotelan

By 27 Ogos 2022Ogos 29th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Penggredan Premis Penginapan Pelancongan boleh membantu menjana sektor pelancongan serta perhotelan di pulau itu.

Menurut Penolong Pegawai Tadbir Kanan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Labuan Gidien Dayos pelbagai faedah dapat diperolehi hotel-hotel yang menerima sijil penggredan tersebut.

“Banyak faedah diperolehi antaranya dari segi cukai, pekerja asing dan mempengaruhi penentuan harga bilik yang sepatutnya dari pihak hotel tambahan pula pelancong dari luar negara suka memilih hotel yang mempunyai gred bintang yang baik.

“MOTAC sedang membantu hotel-hotel di Labuan yang berpotensi untuk mencapai kriteria yang ditetapkan bagi memperolehi gred empat bintang bagi membantu sektor pelancongan di sini,” katanya selepas Majlis Penyerahan Penggredan Premis Penginapan Pelancongan kepada Tiara Hotel Labuan yang berjaya mendapat gred lima bintang, semalam.

Tambahnya, kejayaan Tiara Hotel itu menjadikannya hotel kedua di Labuan mendapat gred lima bintang selepas Grand Dorsett Labuan.

Sementara itu, Pengurus Tiara Hotel Labuan,  Eugene Chin berkata pihaknya berterima kasih atas penggredan yang diberikan MOTAC dan akan berusaha meningkatkan kemudahan fasiliti hotel itu bagi menyediakan hotel bertaraf lima bintang yang terbaik kepada pengunjung yang datang ke Labuan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda