Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pertandingan Kacau 50 Kawah Bubur Asyura Meriah

By 27 Ogos 2022Ogos 29th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hasmah Hanafi (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Ketibaan awal Muharam setiap tahun pastinya tidak lengkap jika tiada acara memasak bubur Asyura yang sudah menjadi sebahagian tradisi dalam kalangan masyarakat Islam negara ini.

Hampir 50 kawah bubur syura dimasak dalam Program Kacau Bubur Asyura Perdana Peringkat Daerah Bandar Baharu yang terdiri dari kategori Jabatan Kerajaan, Swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) diadakan di kawasan Tepi Tasik Pentadbiran Serdang, di sini kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu Dato’ Norsabrina Mohd Noor berkata sebagai penganjur Pejabat ADUN dan Pejabat Daerah Bandar Baharu menyediakan bahan asas untuk memasak bubur Asyura tetapi menariknya pelbagai resipi istimewa peserta-peserta  diketengahkan

selain keunikan tersendiri dari segi pakaian dan hiasan  yang kreatif ditonjolkan,” jelasnya.

Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Datin Sakinah Mustafa pula menyifatkan program sebegini amat bermakna dan sangat baik untuk mengeratkan silaturahim sesama ahli.

-ZS-

Tinggalkan komen anda