Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Perarakan Zahir Semangat Cintakan Negara

By 21 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Wan Muhamad Zikri Wan Kamis

SANTAN, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Penduduk Kampung Santan Utara semalam menzahirkan semangat kemerdekaan negara dengan berjalan kaki sejauh 3km sambil mengibarkan jalur gemilang serta diiringi lagu-lagu patriotik.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Azizan Sulaiman berkata perarakan tersebut menimbulkan semangat cintakan negara sempena Bulan Kebangsaan dan Hari Kemerdekaan yang bakal tiba pada 31 Ogos nanti.

“Acara-acara sebegini dapat menyatukan ummah dan menzahirkan tanggungjawab kita bersama sebagai rakyat Malaysia sejajar dengan seruan Perdana Menteri dan tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu  #Keluarga Malaysia Teguh Bersama,” katanya ketika Majlis Perasmian Penutup Merdeka@Komuniti Santan Utara pada pagi tadi.

Perarakan melibatkan tujuh kawasan dalam Santan iaitu iaitu Kampung Santan Selatan, Kampung Santan Utara, Kampung Bongkok, Kampung Padang Lati, Kampung Alor Tampang, Kampung Lubuk Besar dan Kampung Alor Sena Padang Lati serta melibatkan 50 penyertaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda