
Laporan/foto: Ainsyah Hamid/Salawati Mat Shariff
BALIK PULAU, 15 Sept (Malaysiaaktif) – Seramai 364 pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang menyertai perarakan Hari Malaysia pada 16 September peringkat Sekolah.
Perarakan turut disertai basikal berhias dan kibaran Jalur Gemilang di mana murid dan guru berpakaian bertemakan Hari Kebangsaan sambil menyanyikan lagu Patriotik.
Perarakan sekauh 2 kilometer bermula dari sekolah, Dataran Sungai Pinang dan kawasan kampung.
Menurut Guru Besar, Puan Noor Hafiza Johari, 50, “program ini dapat menyuntik semangat patriotisme dan mendidik murid-murid cintakan Negara sejak dibangku Sekolah,” katanya ketika ditemui disini.
Ucapan terima kasih kepada Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya atas kerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan program ini.
-ZS-