Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Olen-olen, Kuih Tradisi Turun Temurun

By 15 September 2022September 19th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

PORT DICKSON, 15 Sept (Malaysiaaktif) – Namanya mungkin tidak terkenal berbanding kuih tradisional yang lain, namun ia merupakan pencuci mulut yang tidak akan lapuk dek zaman.

Pembuat kuih tradisional, Nor Ain Ariffin, 36, berkata dia mula mempelajari cara pembuatan kuih Olen-Olen ini daripada ibunya sendiri sejak berusia belasan tahun dan meneruskan tradisi membuat kuih ini sehingga kini mengikut permintaan.

Ujarnya, kuih Olen-Olen ini terkenal dalam kalangan penduduk setempat Linggi dan sudah berusia hampir 100 tahun.

“Membuat Olen-Olen ini sangat mudah tetapi proses mengukus mengambil masa bagi memastikan bahan menjadi sebati serta perlu segera dimasukkan ke dalam plastik untuk mudah dibentuk,” katanya.

Menurutnya beliau menerima tempahan Olen-Olen ini bukan hanya untuk dimakan ketika kenduri malah sebagai kudapan minum petang.

“Olen-Olen ini berbentuk seakan keropok lekor dan hanya memerlukan beberapa bahan sahaja, namun tidak ramai yang mahir untuk membuatnya,” tambahnya lagi.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda